G-Dragon, Byeon Woo Seok Antara Penerima Anugerah Penghargaan Menteri Kebudayaan Korea

G-Dragon, Byeon Woo Seok Antara Penerima Anugerah Penghargaan Menteri Kebudayaan Korea

Rapper dan anggota kumpulan Big Bang, G-Dragon, bakal menerima Pingat Budaya (Cultural Medal) manakala pelakon popular, Byeon Woo Seok pula akan menerima penghargaan daripada Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea.

Berita tersebut diumumkan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan Dan Pelancongan Korea (MCST) bersama Agensi Kandungan Kreatif Korea (KOCCA). G-Dragon dan Woo Seok termasuk dalam 31 senarai individu dan pasukan yang akan menerima anugerah serta penghargaan dalam Anugerah Budaya dan Seni Popular Korea 2025 (Korea Popular Culture and Arts Awards 2025), yang dijadualkan berlangsung pada 23 Oktober ini di Teater Negara Korea, Seoul.

Memasuki tahun ke-16 penganjurannya, Anugerah Budaya dan Seni Popular Korea merupakan pengiktirafan tertinggi negara untuk para profesional dalam bidang muzik, lakonan, komedi, alih suara, penulisan dan persembahan seni.

Anugerah ini bertujuan mengiktiraf sumbangan besar terhadap pembangunan budaya popular Korea, serta meningkatkan martabat sosial dan semangat kreatif para artis.

Tahun ini, penerima anugerah terdiri daripada enam penerima Pingat Budaya, tujuh penerima Penghargaan Presiden, lapan penerima Penghargaan Perdana Menteri dan sepuluh penerima Penghargaan Menteri Kebudayaan.

Pelakon veteran Kim Hye Suk, yang digelar Ibu Kebangsaan Korea akan menerima Pingat Budaya Mahkota Perak (Silver Crown Cultural Medal) sebagai menghargai kerjayanya yang cemerlang sejak debut sebagai bakat MBC pada tahun 1975.

Pingat Budaya Mahkota Berharga (Precious Crown Cultural Medal) pula akan dianugerahkan kepada Lee Byung Hun, atas jasanya memperluas pengaruh budaya Korea di peringkat global melalui karya di Hollywood, serta kepada Jung Dong Hwan, atas dedikasinya meneroka karya sastera klasik dan falsafah yang memperkayakan industri budaya Korea.

Sementara itu, Pingat Budaya Mahkota Jade (Jade Crown Cultural Medal) akan diberikan secara anumerta kepada pelawak Jeon Yu Seong, yang banyak berjasa melahirkan bakat baharu dan membangunkan kandungan budaya tempatan; kepada pelakon suara Bae Han Sung, atas sumbangannya dalam industri alih suara dan bimbingan kepada generasi muda; serta kepada G-Dragon, atas peranannya yang besar dalam mengangkat nama K-pop ke persada antarabangsadan memperkukuh pengaruh global budaya Korea.

Related post

Leave a Reply