Fahmi Arah Siasatan Terperinci- Nabil, Azad & Radin Direhatkan Serta Merta

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan secara terperinci terhadap tiga penyampai radio yang didakwa mempersenda upacara agama lain.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Fahmi, SKMM juga diarahkan memanggil syarikat serta pihak pengurusan stesen radio berkenaan ke ibu pejabat untuk memberikan keterangan.

“Kami sudah menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan stesen radio mempersenda upacara agama lain yang dimuat naik dalam platform media sosial pagi tadi.

“Jadi, saya arahkan SKMM menjalankan siasatan terperinci termasuk memanggil pihak dan pengurusan stesen radio itu hadir memberi penjelasan lanjut di ibu pejabat SKMM,” katanya.

Nabil, Azad dan Radin direhatkan serta merta menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Astro Audio.

Rentetan daripada isu yanh sedang hangat diperkatakan, pihak Astro Audio yang menaungi stesen berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga penyampai iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin.

“Kami memandang serius perkara ini dan selepas pertimbangan yang teliti, kami memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga individu tersebut dari ke udara sehingga diberitahu kelak, sementara kami menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden ini.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan penuh terhadap kesemua garis panduan dan keperluan yang ditetapkan,” ujarnya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada pihak media.

Astro Audio juga bersedia untuk berkerjasama dengan pihak SKMM untuk siasatan lanjut sementelah tular video menyaksikan penyampainya menari seolah-olah mempersendakan agama Hindu.

Related post

Leave a Reply