Eyka Farhana Tepis Dakwaan Sombong Dengan Peminat

DIDAKWA bersikap sombong ketika bertembung dengan peminat di sebuah acara, baru-baru ini, pelakon, Eyka Farhana, 30, mengakui terkejut mendengar desas desus tersebut.

Pemilik nama lengkap Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi berkata, berkemungkinan kejadian itu berlaku disebabkan keadaan di acara tersebut yang begitu padat dengan manusia sehingga dia tak menyedari ditegur peminat.

“Saya ada terima DM (direct message), ada ada orang spill the tea kononnya saya sombong tak nak bergambar.

“Ya Allah, mungkin salah faham, mungkin staf saya minta cuba tester dan support dulu produk saya Jual. Atau mungkin cara awak approach tak kena dengan waktu yang sesuai.

“Saya berborak dan bergambar sahaja dengan sesiapa, walaupun tak membeli,” jelasnya menerusi hantaran di Instagram Story.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa seorang selebriti wanita dengan pangkal nama EF tidak mahu bergambar dengannya jika tidak membeli produk yang dijual di acara berkenaan.

Menyedari nama dipetik, Eyka tampil memohon maaf jika ada tindakannya yang tidak disengajakan telah menyinggung perasaan orang lain.

“Di bulan mulia ini, saya, mohon maaf kalau ada tersilap atau terkurang dari kami selama di sana,” tuturnya lagi.

Related post

Leave a Reply