Lagi Peniaga Mengamuk, Buang Barang Jualan Ditegur Penguat Kuasa

TULAR di media sosial baru-baru ini tentang seorang peniaga yang mengamuk apabila barang jualannya dirampas oleh dua individu yang dipercayai sebagai pegawai penguat kuasa.

Insiden yang dirakam dan dimuat naik di TikTok tersebut turut disaksikan oleh orang awam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menerusi video berkenaan, lelaki itu dilihat tidak berpuas hati apabila barangannya dirampas. Justeru, dia bertindak membuang botol air serta tisu ke atas jalan raya.

Seorang wanita yang kemudian masuk campur dan dilihat turut memarahi individu yang didakwa sebagai pegawai tersebut.

Begitupun, individu berkenaan dilihat tampil tenang.

Meninjau respons netizen, pelbagai reaksi diberikan dengan kebanyakan daripadanya menyebelahi pegawai berkenaan.

Menurut netizen, tindakan peniaga tersebut dianggap sebagai keterlaluan selain ketidakwajaran berniaga di kawasan itu.

Namun, terdapat juga kelompok netizen yang bersimpati dengan nasib peniaga itu. Ada juga yang menyamakan insiden di Dataran Merdekan itu dengan kejadian Pak Cik Petai baru-baru ini.

Related post

Leave a Reply