Erissa Puteri Kahwini Anak Kenamaan

Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi, Erissa Puteri, 22, sah bergelar isteri kepada anak kenamaan, Danial Iskandar, pada jam 11 pagi, Jumaat.

Pasangan raja sehari itu dinikahkan oleh jurunikah, Dr. Adam Ahmad dengan bersaksikan bapa pengantin perempuan Hashim Daud.

Erissa menerima mas kahwin 70 gram emas manakala wang hantaran dirahsiakan.

Peserta program Ceria Popstar musim kedua itu turut menerima dua utas rantai emas dan berlian sebagai bentuk hadiah daripada keluarga pengantin lelaki.

Sama cantik sama padan dalam persalinan serba putih, pihak pengantin perempuan menyerahkan 11 dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak pengantin lelaki.

Majlis resepsi bagi meraikan pasangan mempelai itu bakal diadakan pada 25 April ini.

Danial Iskandar yang kini berkhidmat sebagai Associate Strategy di Jelawang Capital, Khazanah Malaysia, Putra merupakan anak kepada pasangan terhormat, Datuk Zaidi Mohamed dan Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain.

Untuk rekod, Erissa dan Daniel mengikat pertunangan pada awal Januari tahun ini.

Related post

Leave a Reply