BeritaFoods

Dua Kali Terima Pesanan Makanan Salah, Wanita Ini Buat Laporan Polis

Kita semua pasti akan berasa marah apabila kita menerima pesanan makanan yang tidak tepat. Namun, adakah kita sanggup untuk membuat laporan polis jika kita tidak menerima pesanan seperti mana yang diharapkan?

Seorang wanita di Singapura membuat laporan polis apabila pesanan yang diterima tidak tepat sebanyak dua kali.

Dikenali sebagai Carol, wanita itu berkongsi dengan Stomp mengenai pengalaman yang sangat buruk di sebuah gerai di kedai kopi di Serangoon North Avenue 1.

Menurutnya, pada 13 Januari, dia telah memesan semangkuk mi ladu udang. Namun apabila pulang ke rumah, dia mendapati gerai tersebut memberinya kaki ayam sebagai ganti.

“Oleh itu saya kembali kepada peniaga itu untuk meminta dia menukar kepada ladu udang. Dia kata boleh dan bertanya, cili atau tidak? Saya menggelengkan kepala dan mengisyaratkan dengan jari, tidak, tidak, beberapa kali,” katanya.

Carol turut mendakwa peniaga tersebut membaling makanannya ke atas meja dengan kasar, menyebabkan dia berasa terkejut.

Apabila pulang ke rumah dan mula memakan ladu udang tersebut, Carol terkejut apabila mendapati ia mengandungi cili dan rasanya pedas.

Dalam keadaan marah, dia menaiki bas semula ke gerai tersebut untuk bertemu dengan peniaga itu. Namun dia mendapati gerai berkenaan telah ditutup. Dia kemudian bertanya kepada peniaga minuman mengenai peniaga tersebut dan dimaklumkan bahawa lelaki itu telah pulang ke rumah.

Susulan itu, Carol pergi ke Balai Polis Kejiranan Serangoon North untuk membuat laporan polis dan turut berkongsi gambar kad kes polisnya kepada Stomp.

Carol mendakwa pengalaman tersebut menyebabkan dia hilang selera makan dan bertekad untuk tidak lagi mengunjungi gerai itu.

“Ini akan menjadi kali pertama dan terakhir saya membeli dari gerai ini! Sangat mengecewakan! Saya hilang selera dan tidak makan apa-apa.

“Makanan ini bukan percuma. Saya membayarnya dan mendapat pengalaman yang sangat buruk!” katanya.

Related Articles

Back to top button