Trending

Diana Danielle Dilamun Cinta Dengan Ahli Perniagaan

Pelakon, Diana Danielle, 34, akhirnya mengakui dirinya kini sudah mempunyai teman istimewa selepas hampir setahun melalui episod perceraian.

Pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson berkata dia merasakan sudah tiba masanya untuk membuka lembaran baharu dalam hidup bersama jejaka pilihannya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Menurutnya, perkara tersebut bukan sesuatu yang perlu disorokkan memandangkan fasa perceraian yang dilaluinya sebelum ini sudah pun berlalu.

“Perkara itu bukanlah sesuatu yang besar bagi saya dan saya rasa ia juga tidak salah memandangkan sudah hampir setahun rasanya bab itu (perceraian) berlalu dalam hidup saya.

“Saya fikir sudah sampai masanya, malah saya sudah bersedia untuk ‘move on’. Saya sudah berkenalan dengan seseorang yang sesuai, jadi kita boleh buat keputusan sendiri,” kongsinya.

Ditanya sama ada sukar untuk kembali membuka hati, pelakon filem Imaginur itu berkata cabaran sebenarnya mungkin lebih dirasai oleh lelaki tersebut.

Bagaimanapun, Diana menjelaskan dia mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan baharu, terutama kerana memikirkan masa depan anak-anaknya.

“Saya rasa memang susah untuk dia kerana bagi saya cabarannya adalah untuk kembali mempercayai orang baharu.

“Saya juga ada anak, jadi saya bimbang jika timbul isu tertentu. Sebab itu saya cuba menguruskan perkara ini dengan perlahan dan berhati-hati supaya tidak tersalah langkah atau membuat keputusan,” katanya lagi.

Tambah Diana, buat masa ini hubungan tersebut masih tertumpu kepada mereka berdua sahaja dan belum melibatkan anak-anak.

“Bagi saya sekarang ini, dia lebih banyak meluangkan masa dengan saya sahaja. Dia belum lagi bersama anak-anak atau sebagainya kerana saya tidak mahu mencampuradukkan perkara itu,” ungkapnya.

Dalam perkembangan lain, Diana turut tampil dengan single baharu sempena Aidilfitri berjudul Raya Macam Mana? yang menyaksikannya berkolaborasi dengan penyanyi rap meningkat naik, Francis Roman.

Related Articles

Back to top button