Dakwa Diherdik Pelakon Senior Sampai Menangis, Jeremy Bong Trauma

Pelakon, Jeremy Bong mendakwa pernah dimarahi dan diherdik oleh seorang aktres senior ketika mereka bergandingan dalam sebuah drama.

Menurut Jeremy, insiden tersebut berlaku sewaktu di awal pembabitannya dalam industri seni yang mana ketika itu dia mengakui masih kekok dan tidak mahir berlakon.

“Saya pernah kena tegur dengan seorang pelakon wanita yang agak senior juga ketika kami bergandingan dalam sebuah drama.

“Dia boleh marah saya depan orang ramai cakap ‘kalau tak pandai berlakon jangan ambil job, jangan nak menyusahkan orang lain’.

“Waktu itu saya sangat baru dalam dunia lakonan dan watak diberikan agak penting juga. Bukan saya yang nak berlakon sangat tapi stesen TV yang pilih saya.

“Lepas sahaja pengarah kata ‘cut’, saya lari pergi tandas saya menangis,” kongsinya menerusi sebuah saluran podcast.

Berkongsi lanjut, Jeremy berkata, aktres itu ada meminta maaf kepadanya selepas selesai sesi penggambaran.

Bagaimanapun, Jeremy masih berasa trauma sehingga hari ini dan tidak mahu berdepan dengan aktres itu lagi.

“Habis sahaja penggambaran dia ada mesej saya minta maaf. Tapi jujur saya katakan saya sangat trauma selepas insiden itu, trauma sampai sekarang.

“Saya tak mahu lagi berlakon dengan dia dan kalau boleh tak nak jumpa dia. Saya dah ‘unfollow’ dia juga dekat Instagram”, tuturnya lagi.

Pun begitu, Jeremy tidak mendedahkan atau memberi bayangan siapa aktres yang dimaksudkannya termasuk drama yang dibintangi bersama.

Related post

Leave a Reply