GlobalLagu BaharuUncategorizedViral

Bercinta Dengan Pasangan Kembar, Wanita Ini Akan Buat Ujian DNA Kalau Dapat Anak

Seorang wanita berusia 24 tahun di Thailand, menarik perhatian media selepas mendedahkan dalam sebuah video TikTok yang dia sedang bercinta dengan pasangan kembar.

Video tersebut memaparkan mereka bertiga meraikan hari jadinya bersama-sama.

Walaupun pada awalnya ramai meragui hubungan mereka, wanita yang dikenali sebagai Fah itu mengesahkan mereka benar-benar bercinta dan turut berkongsi bagaimana hubungan tersebut bermula.

Fah berkata, dia telah hidup bujang hampir setahun dan tidak mencari pasangan secara aktif. Namun, selepas bertemu dengan pasangan kembar berkenaan, mereka bersetuju untuk menjalin hubungan secara bertiga.

Bercinta lebih setahun, Fah berkata, dia tidak menghiraukan komen-komen orang meskipun menerima respons negatif.

Untuk rekod, Fah bekerja di sebuah restoran, manakala dua lelaki kembar itu bekerja dalam bidang pertanian. Fah juga menguruskan kewangan dalam hubungan mereka.

Katanya, mereka bertiga tidur bersama di atas katil yang sama, dengan Fah berada di tengah. Fah sebelum ini turut menjawab persoalan mengenai kemungkinan mempunyai anak.

Jika dia hamil, Fah berkata, ujian DNA akan dibuat bagi menentukan bapa kandung supaya ‘nama yang betul’ dapat dicatatkan pada sijil kelahiran.

Namun begitu, anak tersebut akan memanggil kedua-dua lelaki itu sebagai ayah.

Sumber: Mothership

Related Articles

Back to top button