Trending

Bella Astillah & Syed Saddiq Bertemu Tun M, Terima Nasihat Bina Rumah Tangga Bahagia

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi keterujaannya di media sosial selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi satu hantaran di Instagram yang dimuat naik, Bella meluahkan rasa syukur atas peluang bertemu negarawan itu serta mendedahkan bahawa beliau menerima nasihat yang cukup bermakna mengenai perkahwinan.

“Alhamdulillah, dapat berjumpa Tun Dr. Mahathir. Terima kasih atas nasihat yang sangat bernilai buat kami berdua tentang membina rumah tangga yang bahagia dan berkekalan.

“Tun M dan Tun Hasmah dah 70 tahun bersama. Masha-Allah, semoga menjadi bekalan sepanjang perjalanan hidup kami,” tulisnya.

Dalam masa sama, Bella turut mendakwa yang dia mengalami ‘starstruck’ ketika bertemu dengan ikon negara itu.

Selain itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Syed Saddiq kerana mengatur pertemuan tersebut.

“Tak sangka boleh starstruck teruk. Perasaan Bella tadi sama macam masa jumpa Lee Min Ho dan Afgan.

“Saya sanjung beliau sejak saya kecil. Bertemu dengan beliau macam mimpi menjadi kenyataan. Terima kasih Syed Saddiq,” tulisnya lagi.

Related Articles

Back to top button