BeritaViral

Misteri Kehilangan Terungkai, Nadia Kesuma Meninggal Dunia

Pelakon Nadia Kesuma dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Januari lalu di Jeddah, Arab Saudi.

Berita pemergian pelakon berkenaan disahkan oleh anaknya menerusi satu perkongsian di platform Threads pagi ini.

“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati binti Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15/1/2026; Khamis sekitar jam 8:05 malam.

“Terima kasih kepada kalian yang tidak berhenti menitipkan doa buat mama. Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, diampunkan segala dosanya & dirahmati Allah,” tulis anaknya menerusi akaun @myyrraaa.

Menurutnya lagi, ibunya meninggal akibat serangan jantung dan Allahyarham telah dibawa ke hospital pada hari yang sama setelah tiba di lapangan terbang Jeddah.

Paling mengesankan apabila tiada pihak yang memaklumkan kepada mereka sekeluarga tentang keadaan Allahyarham sehinggalah diberitahu malam tadi oleh pihak agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan tersebut.

Terdahulu, kisah kehilangan Nadia menjadi sorotan banyak pihak setelah berita mengenainya tersebar luas sejak dua hari yang lalu.

Allahyarham sepatutnya berlepas ke London setelah berada di Jeddah ‘hilang’ ketika berada di lapangan terbang setelah melalukan daftar masuk.

Related Articles

Back to top button