Ben Amir Sah Bergelar Suami Liana Alara

Pelakon, Ben Amir, 37, akhirnya mengesahkan khabar gembira apabila memaklumkan dia telah selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Liana Alara, pada Disember lalu.
Pemilik nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin, menzahirkan rasa syukur serta berterima kasih atas doa dan ucapan baik yang diterimanya.
“Alhamdulillah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada Disember 2025.
“Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas semua doa dan ucapan baik,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Dalam perkongsian sama, Ben turut memuat naik beberapa keping foto hari bahagia mereka bersama Liana, namun tidak memperincikan tarikh dan butiran majlis pernikahan.
Difahamkan majlis akad nikah pasangan ini berlangsung secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Beberapa hari lalu, tular foto Ben dan Liana mengenakan busana serba putih, menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen mengenai status hubungan mereka.
Namun, ketika dihubungi media sebelum ini, Ben memilih untuk tidak mengulas lanjut.
Terdahulu, Liana, yang merupakan warganegara Filipina, memeluk agama Islam di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur pada November lalu.



