BeritaGaya Hidup

Siti Saleha Kini Bergelar Ibu

Kehadiran insan kecil bernama Indra menjadi detik paling indah buat pelakon Siti Saleha apabila dia selamat melahirkan cahaya mata sulung, baru-baru ini.

Momen gembira itu dikongsikan Saleha menerusi sebuah video di media sosial yang memaparkan detik awal bersama bayi lelakinya.

Walaupun tidak mendedahkan secara terperinci tarikh kelahiran anaknya, perkongsian sederhana itu sudah cukup untuk menyentuh hati ramai yang tumpang gembira.

Ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah serta doa daripada rakan artis dan peminat yang mendoakan agar perjalanan Saleha dan suami sebagai ibu bapa baharu dipermudahkan.

Sebelum ini, pelakon berusia 36 tahun itu mengumumkan kehamilannya sekitar Mei tahun lalu dan berkongsi keterujaan menanti kehadiran zuriat sulung.

Malah, menerusi satu majlis pendedahan jantina bayi, Saleha turut mengesahkan bakal menimang cahaya mata lelaki.

Untuk rekod, Saleha sah bergelar isteri kepada Joshua Fitton pada 15 Februari 2025 dan kini melangkah ke fasa baharu sebagai seorang ibu.

Related Articles

Back to top button