Rumah Tangga Syida Melvin Berakhir Selepas 7 Tahun

Pelakon dan usahawan, Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Azim sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Rabu.
Prosiding perceraian pasangan itu berlangsung dengan lancar, malah kedua-duanya memilih untuk mengakhiri rumah tangga tanpa menyimpan dendam atau menyalahkan antara satu sama lain.
Syafiq menyifatkan Syida sebagai seorang wanita yang baik dan mengakui tidak pernah menyesal mendirikan rumah tangga dengannya.
Menurut Syafiq, sepanjang hampir tujuh tahun bersama, mereka berkongsi banyak kenangan termasuk membina kehidupan, perniagaan serta membesarkan tiga cahaya mata.
Dia juga menegaskan akan terus memberikan sokongan kepada Syida, selain bekerjasama dalam urusan membesarkan anak-anak mereka.
Sementara itu, Syida menganggap perceraian tersebut sebagai satu “hadiah istimewa” sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30.
Biarpun tidak lagi bergelar suami isteri, Syida berkata mereka akan mengekalkan hubungan baik demi tiga anak iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
Kedua-duanya juga memilih untuk meneruskan kehidupan masing-masing dengan baik selepas menamatkan perjalanan rumah tangga yang dibina sejak 19 Januari 2019.



