Global

Wanita Hamil Selamat Lahirkan Bayi Atas Motosikal Dalam Perjalanan Ke Hospital

Menurut media Vietnam, seorang wanita hamil berusia 25 tahun mula mengalami sakit perut pada 3 Ogos sebelum segera menuju ke hospital bersama suaminya dengan menaiki motosikal.

Wanita itu dilaporkan sedang hamil 32 minggu, iaitu kira-kira lapan bulan, lapor VnExpress.

Dalam video yang tular di media sosial, wanita berusia 25 tahun itu dilihat turun daripada motosikal dengan bayinya sudah pun dilahirkan dan tali pusat masih bersambung dengan tubuhnya.

Rakaman tersebut menunjukkan wanita yang berkaki ayam itu dibantu turun dengan berhati-hati daripada motosikal.

Cecair kelahiran turut kelihatan pada tempat duduk motosikal, manakala tali pusat masih melekat pada tubuh si ibu.

Pasukan perubatan kemudian segera memberikan rawatan kepada ibu dan bayi, termasuk memanaskan badan bayi yang baru dilahirkan serta memotong tali pusat.

Ibu dan bayi itu kemudiannya dibawa ke bilik bersalin untuk menerima rawatan lanjut.

Bayi lelaki tersebut dilaporkan mempunyai berat kira-kira 2 kilogram ketika dilahirkan, menurut laporan.

Difahamkan, kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.

Related Articles

Back to top button