Berita

Cik Man Meninggal Dunia

Pelakon veteran, Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man disahkan meninggal dunia pada Rabu.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan pelawak Amir Raja Lawak menerusi satu hantaran di Facebook.

“Dimaklumkan, Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Farok dan juga Cik Man, baharu sahaja meninggalkan kita semua.

“Semoga arwah Abang Kamarool ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah dan ahli syurga. Amin ya rabbal alamin,” tulisnya.

Sebelum itu, Allahyarham menerima rawatan di Hospital Tanah Merah selepas dimasukkan ke hospital pada malam Selasa.

Menurut Amir, keadaan Cik Man ketika itu kritikal berikutan saluran jantungnya tersumbat dan doktor mengambil keputusan untuk menidurkannya bagi memudahkan proses rawatan.

Related Articles

Back to top button