Berita

Disyaki Positif Dadah, Pelakon Wanita Bintangi Drama Polis Ditahan

Pelakon wanita yang terkenal menerusi lakonannya dalam sebuah drama kepolisan ditahan polis selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara.

Pelakon berkenaan antara 18 individu yang diberkas dalam operasi yang dijalankan oleh sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan penahanan pelakon terbabit dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Saya sahkan penahanan itu dan kes masih dalam siasatan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Related Articles

Back to top button