Berita

Norreen Iman & Suami Sah Cerai Talak Satu

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mohd Raizi Abd Razak selepas hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Melodi Terhangat, pasangan tersebut hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan urusan perceraian mereka.

Bagaimanapun, Norreen dan Raizi memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perpisahan itu sebaik sahaja prosiding selesai berlangsung.

Sebelum ini, pasangan berkenaan pernah hadir ke mahkamah bagi prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai, namun Norreen ketika itu menafikan rumah tangganya sedang bergolak.

Malah, spekulasi mengenai keretakan hubungan mereka mula timbul apabila kedua-duanya dilihat tidak lagi berkongsi foto bersama di media sosial termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Untuk rekod, Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka.

Related Articles

Back to top button