Trending

Amira Othman Umum Hamil, Dijangka Bersalin Hujung Jun

Penyanyi, Amira Othman, 33, akhirnya mengumumkan khabar yang selama ini menjadi teka-teki apabila mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Amira memaklumkan kandungannya sudah memasuki usia 30 minggu dan dia dijangka menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada Jun akan datang.

“Alhamdulillah, saya kini hamil dan usia kandungan sudah mencecah 30 minggu. InsyaAllah, jika tiada aral, saya bakal bersalin sekitar Jun.

“Soal jantina saya sendiri belum tahu jantina. Apa pun, saya tidak kisah lelaki atau perempuan, asalkan anak dilahirkan sihat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amira turut bersyukur kerana melalui fasa kehamilan dengan baik tanpa mengalami sebarang alahan yang serius.

Menyentuh soal kerjaya, Amira berkata dia akan terus aktif bekerja selagi kudrat masih mengizinkan, sebelum berehat seketika selepas bersalin.

“Selagi mampu dan ada peluang, saya akan terus bekerja. Mungkin saya akan berehat ketika tempoh berpantang nanti,” katanya lagi.

Sementara itu, suaminya, Fattah Amin, turut meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata pertama mereka.

“Alhamdulillah, semuanya sudah terjawab. Saya sangat bersyukur dengan rezeki ini. Soal jantina bukan keutamaan, yang penting bayi sihat dan urusan kelahiran dipermudahkan. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami,” ungkap Fattah.

Untuk rekod, Amira dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang, Selangor.

Related Articles

Back to top button