Klip Lama Main Saksofon Kembali Tular, V BTS Terima Pujian Pemuzik Grammy

V BTS menerima pujian daripada seorang pemain saksofon pemenang Grammy Awards susulan persembahan spontannya menerusi rancangan Tiny Desk Korea pada 2023 lampau.
Jacob Scesney, seorang pemain saksofon terkenal yang pernah bekerjasama dengan artis seperti Maroon 5, Jonas Brothers, Shawn Mendes dan John Legend, berkongsi pandangannya mengenai permainan saksofon V sebagai respon kepada video yang dimuat naik oleh peminat.
Mengimbas kembali detik tersebut, Scesney berkata V bermain dengan sangat indah dan dengan sopan meminta izin untuk mencuba alat muzik itu selepas sesi persembahan secara langsung.
Dia menjelaskan saksofon tersebut agak sukar dimainkan kerana memerlukan kawalan pernafasan serta tekanan rahang yang kuat, namun V berjaya mengendalikannya dengan baik.
Tambahnya lagi, momen itu berlaku secara spontan, apabila V sekadar mengambil saksofon tersebut dan mula bermain, sebelum ahli muzik lain turut mengikut rentak secara semula jadi.
Scesney menyifatkannya sebagai satu momen yang sangat cool yang menggembirakan peminat.

Menerusi clip tersebut, V memainkan lagu-lagu daripada album solonya, Layover. Scesney turut terlibat sebagai sebahagian daripada kumpulan pemuzik dalam sesi tersebut.
Walaupun hanya seketika dan tidak dirancang, momen itu kembali tular sebagai bukti kepekaan muzik dan versatiliti V sebagai seorang artis.
Difahamkan, V juga pernah mempelajari saksofon selama beberapa tahun sejak di bangku sekolah menengah, sekali gus menyerlahkan latar belakang muziknya.



