Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Sah Cerai Talak Satu

Rumah tangga pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana telah berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pada Khamis.
Menurut peguam syarie yang mewakili pihak plaintif, Haiza, perceraian tersebut dibuat dengan persetujuan bersama dan lafaz cerai telah dilakukan oleh Yusuf di hadapan hakim, Mohd Shaifullah Hamzah.
Dalam pada itu, Yusuf atau nama penuhnya Muhammad Yusuf Bahrin turut memohon doa yang baik-baik daripada orang ramai selepas urusan tersebut selesai.
Semenara itu, Zizi pula meluahkan rasa syukur apabila segala urusan berjalan lancar seperti yang dirancang.
Terdahulu, pasangan ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi mengikuti prosiding berkaitan permohonan cerai yang difailkan oleh Zizi sendiri.
Sebelum ini, timbulnya khabar angin mengenai status rumah tangga mereka yang didakwa berantakan selepas dilihat tidak menyambut Aidilfitri Bersama selain dakwaan sudah tidak tinggal sebumbung.
Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan sepanjang perkahwinan itu, mereka belum dikurniakan cahaya mata.



