Trending

Selepas Anggota BTS Diperli Tak Fasih Bahasa Inggeris, V Ambil Inisiatif Untuk Serius Belajar

Anggota kumpulan BTS, V mendedahkan dia kini memulakan usaha serius untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggerisnya.

Menerusi hantara di Instagram Story, V berkongsi:, “Saya betul-betul nak fokus kali ini, tiada alasan,” bersama foto dan beberapa video.

Kandungan tersebut menunjukkan V aktif mengikuti pembelajaran perbualan bahasa Inggeris di YouTube, meniru sebutan penutur asli serta berlatih frasa harian.

Ketua kumpulan BTS, RM turut memuji usaha tersebut dengan berkongsi semula salah satu video itu sambil menulis: “Good job.”

Baru-baru ini, BTS turut menjadi perhatian berkaitan kebolehan bahasa Inggeris mereka.

Perkara itu mencetuskan perbincangan apabila pereka Lee Jung Woo, yang juga ibu mentua kepada pelakon Jun Ji Hyun, memuat naik kenyataan di media sosial memuji RM dan dilihat ‘memperlekehkan’ anggota lain.

“Seorang ketua yang fasih berbahasa Inggeris dan ahli-ahli yang masih belum menguasainya walaupun selepas 10 tahun,” katanya.

Lee kemudian menjelaskan kenyataan itu hanyalah gurauan ringan mengenai kumpulan tersebut ketika sesi Weverse Live, sambil menambah bahawa dia berkongsi perkara itu sekadar suka-suka sebagai peminat ARMY selama 10 tahun.

Sementara itu, BTS baru sahaja melancarkan album penuh kelima mereka, ARIRANG, pada 20 Mac lalu.

Album tersebut mencipta rekod baharu buat kumpulan itu dengan jualan minggu pertama mencecah 4,169,464 salinan, selain menduduki tangga teratas carta Billboard 200 bertarikh 4 April.

Related Articles

Back to top button