Trending

Linda Rafar Syukur Anak Dapat ‘Straight A’ SPM

Penyanyi, Linda Rafar meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman meraih keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Linda, kejayaan anaknya yang mesra disapa Aqiib itu amat membanggakan, apatah lagi dia sendiri menyaksikan usaha dan pengorbanan yang dilakukan sepanjang tempoh pembelajaran.

“Masya-Allah, tahniah Aqiib sayang. Berkat doa semua terutama guru-guru yang mendidik tanpa jemu, doa keluarga, doa kawan-kawan serta doa mereka tanpa kita sedar, asbab kejayaan Aqiib hari ini.

“Sujud syukur terima kasih kepada pencipta yang Maha Agong. Segalanya kerana gerak dan izin-Nya,” katanya dalam sebuah hantaran.

Tambah Linda, anaknya sentiasa mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran sebelum menduduki peperiksaan.

“Satu tips untuk saya kongsikan. Keikhlasan Aqiib dgn amalan khatam al-Quran tiga bulan sebelum periksa solat dan yakin dengan kuasa Allah.

“Semoga kejayaan ini jadi inspirasi buat anak-anak dan ibu bapa, bahawa usaha, doa dan disiplin mampu membawa hasil yang indah.

“Pada yang tidak dapat apa yang diingini tidak apa, masih banyak masa lagi untuk berjaya dalam hidup ini hanya permulaan, yakin rezeki Allah,” tambahnya lagi.

Related Articles

Back to top button