Anak Pelakon Legenda Jepun Ditahan Gara-Gara Curi Sandwich

Personaliti media Jepun, Anri Sakaguchi, 35, ditahan atas dakwaan mencuri sebuku sandwich dari sebuah kedai serbaneka di Hachioji, Tokyo.
Sandwich tersebut dilaporkan bernilai 300 yen (RM7.50). Menurut polis, dia mengaku melakukan perbuatan itu ketika dalam tahanan.
Berita tersebut mencetuskan perhatian meluas di Jepun.
Hal ini kerana, Sakaguchi merupakan anak kepada pelakon legenda Jepun, Ryoko Sakaguchi.
Anri mula menceburi industri hiburan sejak usia muda dan pernah muncul dalam beberapa siri televisyen.
Ibunya meninggal dunia pada tahun 2013 akibat kanser.
Menurut laporan, Sakaguchi dipercayai telah menghabiskan wang pusakan yang diwarisi untuk berhibur.
Dia kemudian membuat kemunculan dalam industri video dewasa pada tahun 2016.
Anri juga pernah berkongsi secara terbuka mengenai kesulitan kewangan yang dihadapinya dan dilaporkan pernah bekerja di rumah pelacuran.
Sepanjang hidupnya, beliau juga pernah berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali.
Sumber: Agensi



