Viral

“Abang Kepada Seorang Artis Berhutang Dengan Saya”

Adik kepada penyanyi, Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan seorang individu yang didakwa berhutang dengannya, namun bertindak memutar belit cerita.

Raf mendakwa individu berkenaan yang juga abang kepada seorang selebriti bukan sahaja gagal melunaskan hutang, malah menuduh dirinya sebagai pihak yang berhutang.

“Abang kepada seorang artis ini berhutang dengan saya, tetapi dia beritahu orang ramai kononnya saya pula yang berhutang dengan dia.

“Siap cakap saya banyak hutang dengan orang. Bila ajak berjumpa untuk selesaikan perkara ini, dia enggan. Jadi, apa yang patut saya buat?” luahnya dalam sebuah hantaran.

Dalam pada itu, Raf turut mendedahkan terdapat beberapa individu lain yang masih belum melangsaikan hutang mereka, dengan jumlah keseluruhan mencecah lebih RM1 juta.

Bagaimanapun, Raf memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu terlibat, sebaliknya menganggap situasi itu sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap dirinya.

“Ini baru satu pihak. Kalau campur dua lagi pihak yang berhutang dengan saya, nilainya sudah lebih sejuta. Saya akan selesaikan satu per satu. Berani kerana benar.

“Saya bukan sengaja beri pinjam, tetapi dalam situasi ini saya rasa dianiaya. Individu tersebut sendiri mengaku salah dan berjanji untuk membayar semula, namun sehingga kini masih belum ditunaikan,” jelasnya lagi.

Related Articles

Back to top button