Trending

IShowSpeed Bakal Kembali Ke Malaysia?

Khabar angin mengenai kedatangan semula IShowSpeed ke Malaysia semakin hangat diperkatakan dalam talian selepas satu klip siaran langsungnya tular.

YouTuber popular dengan sebenarnya Darren Watkins Jr. itu dilihat seolah-olah mengesahkan perancangannya ketika menjawab soalan peminat semasa siaran tersebut.

Menurut laporan The Vocket, dalam klip berkenaan, seorang penonton bertanya sama ada dia akan kembali ke Malaysia.

Tanpa teragak-agak, dia menjawab: “Saya akan datang ke Malaysia tidak lama lagi,” katanya.

Jawapan itu pantas menarik perhatian peminat tempatan, dengan ramai berkongsi klip tersebut di pelbagai platform media sosial.

Sebelum ini, IShowSpeed pernah menjadi perhatian ketika jelajah Asia Tenggara dua tahun lalu, di mana dia melawat beberapa negara dan berjaya menarik kehadiran peminat dalam jumlah besar.

Lawatannya ke rantau ini mencetuskan fenomena tersendiri, dengan ramai peminat hadir dan klip daripada siaran langsungnya menjadi tular.

Dengan kenyataan terbaharunya, ramai kini menantikan apa yang bakal dilakukannya jika kembali ke Malaysia.

Setakat ini, belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai tarikh atau perancangan khusus lawatan tersebut.

Related Articles

Back to top button