Wajah Taemin Dah Tak Macam Dulu?

“Betul ke itu Taemin?” Spekulasi pembedahan plastik secara tidak dijangka timbul apabila penampilan Taemin dilihat berbeza selepas meninggalkan SM Entertainment.
Baru-baru ini, foto dan video penampilan terkini anggota kumpulan SHINee itu tersebar di media sosial dengan ramai mempertikaikan rupa bentuk wajahnya yang terkini.
Ramai menyedari wajah Taemin sudah berubah, dengan imejnya yang dahulu garang dan androgini kini kelihatan lebih lembut dan berisi secara keseluruhan.
Susulan itu, sebahagian netizen memberi reaksi seperti:
“Betul ke itu Taemin?”
“Aura dia dah berubah sepenuhnya.”
“Hidung dia nampak lain.”
“Tak pasti dia naik berat badan atau kesan prosedur atau solekan.”
Namun, ada juga yang menasihatkan agar tidak membuat andaian berlebihan.
“Ini cuma sudut dan pencahayaan.”
“Penampilan dia memang selalu berubah bergantung pada gaya.”
Sejak debut, Taemin sememangnya dikenali dengan visual androgini yang unik. Ada juga yang berpendapat perubahan gaya rambut, solekan, serta kemungkinan perubahan berat badan turut menyumbang kepada penampilan terkininya.
Sementara itu, Taemin baru sahaja melancarkan single digital Bahasa Inggeris pertamanya, Long Way Home, yang secara tidak langsung menandakan permulaan aktiviti globalnya.
Lagu tersebut berentak balada pop R&B yang menggabungkan melodi yang memikat dengan vokal dreamy khas Taemin, sekali gus menarik perhatian sebagai cabaran baharu ke pasaran antarabangsa.
Selepas menyertai Galaxy Corporation, Taemin juga dijadualkan membuat persembahan di Coachella Valley Music and Arts Festival pada 11 dan 18 April. Dia dijangka mencipta sejarah sebagai artis solo lelaki Korea pertama yang membuat persembahan di pentas Coachella.



