BeritaGlobal

Sharifah Aleya Sah Bercerai

Penyampai radio dan pelakon, Sharifah Aleya, 44, mendedahkan rumah tangganya bersama suami, Mohammed Azam Abdullah sudah berakhir dan mereka kini sah bercerai.

Aleya bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar perpisahan tersebut. Perkongsian yang dibuat di TikTok bagi memaklumkan berakhirnya tempoh idahnya selepas melalui fasa perceraian.

Terdahulu, Aleya memuat naik kompilasi kenangan yang dirakam sejak November 2025 sebelum memaklumkan status terkininya sebagai ibu tunggal.

Jelasnya, pengumuman tersebut dibuat secara terbuka bagi mengelakkan sebarang salah faham atau fitnah pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Aleya turut berkongsi bahawa dia dan anak-anak berada dalam keadaan baik serta saling memberi sokongan antara satu sama lain sepanjang melalui tempoh sukar tersebut.

Dia juga meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi sistem sokongan yang kuat selain berazam untuk terus melangkah ke hadapan demi keluarga.

Aleya pada masa sama memohon doa agar segala urusannya serta anak-anak dipermudahkan dan sentiasa berada dalam lindungan-Nya.

Untuk rekod, Aleya dan Miko mendirikan rumah tangga pada Januari 2013 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Ali Abdullah, 11, dan Ahyan Abdullah, 9.

Sebelum itu, Aleya pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhd Ashraf Aasimuddin pada Disember 2007 sebelum berpisah pada Februari 2012.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang anak kembar perempuan, Aza Ameena dan Asha Ameena yang kini berusia 17 tahun.

Related Articles

Back to top button