Trending

Zaki Nafi Cemburu Dengan Populariti Hussain, Hubungan Tak Dingin

Penyanyi dan pelakon, Zaki Yamani menafikan dakwaan kononnya hubungannya dengan sepupunya, Hussain Jamilul Hayat semakin renggang seperti yang diperkatakan segelintir netizen di media sosial.

Menurut Zaki, dia dan Hussain masih mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik, namun memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai perkara itu kepada umum kerana lebih selesa memberi sokongan secara peribadi.

“Saya dan Hussain memang okey. Saya sentiasa menyokong dia seperti saudara sendiri. Cuma saya tidak hebohkan saja perkara itu sebab saya juga rapat dengan adiknya.

“Masing-masing ada rezeki sendiri. Walaupun saya tidak tunjuk kepada orang, saya boleh sahaja menghantar mesej kepadanya. Saya ada nombor telefon dia dan semua itu berlaku di belakang tabir,” katanya.

Mengulas dakwaan kononnya dia tidak menegur bapa saudaranya yang juga pelakon veteran, Jamilul Hayat, Zaki menjelaskan perkara itu timbul akibat salah faham segelintir pihak yang membuat andaian berdasarkan situasi tertentu.

“Itu sebenarnya tidak betul. Semasa program Astro berehat, Pakcik Hayat keluar dan saya bawa adik saya sekali untuk bersalam dengannya. Saya bertanya khabar dan memang bersalam dengannya.

“Hubungan saya dengan mereka baik sahaja. Apa yang diperkatakan netizen itu hanyalah spekulasi. Saya memang seorang yang ‘low profile’ dan tidak suka menunjuk,” katanya.

Dalam pada itu, Zaki turut menafikan dakwaan dia cemburu dengan populariti yang dikecapi Hussain, sebaliknya percaya setiap individu sudah mempunyai rezeki yang ditentukan.

“Itu rezeki dia. Saya tidak ada sebarang masalah. Saya pun ada rezeki saya sendiri. Saya rasa tidak perlulah saya kongsikan perkara itu. Ayah dia juga merupakan seorang figura yang hebat dalam industri suatu ketika dahulu.

“Jadi saya biarkan Hussain membina kerjayanya sendiri tanpa perlu dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan kami,” luah Zaki lagi.

Menjawab tanggapan segelintir netizen yang mendakwa dia kelihatan murung ketika muncul dalam sebuah program televisyen sebelum ini, Zaki menegaskan dirinya berada dalam keadaan baik dan tidak berdepan sebarang masalah.

“Orang hanya nampak daripada luaran. Sebenarnya saya okey sahaja. Malah, adik Hussain, Syakir, juga merupakan pelakon tambahan dalam filem ini. Kami berjumpa di set penggambaran. Jadi memang tidak ada apa-apa masalah antara kami,” katanya.

Related Articles

Back to top button