Ustaz Kazim Elias Masuk ICU

Pendakwah bebas, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias dilaporkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan.
Perkembangan tersebut dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook miliknya oleh pihak pentadbir (Admin), yang memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan Ustaz Kazim.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai penyakit yang dialami didedahkan setakat ini.
Dalam video ringkas berdurasi beberapa saat yang dikongsikan, Ustaz Kazim dilihat terbaring di atas katil sambil ditolak oleh petugas kesihatan sebelum dibawa masuk ke bahagian ICU.
“Ustaz Kazim masuk ICU, mohon doa semua buat kesihatan beliau,” tulis admin akaun tersebut secara ringkas.
Sebelum itu, Mohd Kazim sendiri sempat memuat naik hantaran ringkas berbunyi “doakan saya”.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati dan tidak putus-putus menitipkan doa agar Ustaz Kazim diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.



