Terlalu ‘Simple’, Dekorasi Aidilfitri Stesen MRT & LRT Curi Tumpuan Netizen
SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, sudah pasti pusat beli-belah menjadi tumpuan para pengunjung untuk mencari barangan bagi mempersiapkan diri serta keluarga menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri.
Sudah tentu, selain jualan istimewa dan diskaun, dekorasi sempena hari raya juga sering menjadi tumpuan ramai.
Ada pusat beli-belah yang menampilkan perhiasan raya mega, dan ada juga yang mengambil pendekatan minimalis, sesuai dengan pilihan estetik masa kini.
Sungguhpun begitu, terdapat satu tempat yang dekorasi Hari Raya Aidilfitri menjadi bualan netizen – stesen LRT dan MRT di ibu kota.
Hal ini kerana, perhiasan dan dekorasi Hari Raya Aidilfitri yang dibangunkan di beberapa stesen dilihat terlalu ‘simple’ dan tidak setanding dengan perhiasan di tempat lain.
Berikut merupakan dua perkongsian pengguna X:
“Deco raya MRT Ampang. Dah macam setup budak tadika main kawin kawin.”
“LRT Ampang. Mcm tempat pemujaan.”
Selain itu, mereka juga ada berkongsi beberapa dekorasi lain yang dianggap simple dan tidak semeriah dekorasi lain.