GlobalMusic

Tarikh Comeback Makin Hampir, Barangan Pre-Loved BTS Makin Banyak Dijual

Menjelang kemunculan semula kumpulan K-Pop popular, BTS, aktiviti berkaitan penjualan barangan BTS di platform barangan terpakai dilaporkan meningkat dengan ketara.

Platform pasaran terpakai Bunjang melaporkan, pada Januari, jumlah penyenaraian produk berkaitan BTS meningkat sebanyak 35 peratus berbanding bulan sebelumnya, manakala jumlah penjual yang mendaftarkan barangan BTS melonjak sehingga 61.5 peratus.

Sebanyak 11,014 barangan berkaitan BTS telah disenaraikan sepanjang Januari, mencatat peningkatan 22.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Lonjakan ini berlaku seiring dengan pengumuman jadual pelancaran album penuh BTS pada 15 bulan lalu, dengan carian kata kunci berkaitan dilaporkan meningkat hampir 20 kali ganda.

Apabila minat carian meningkat, penyenaraian barangan di Bunjang turut melonjak dengan ketara.

Peminat antarabangsa juga aktif membeli barangan BTS melalui platform tersebut. Dalam kalangan pengguna luar negara, V muncul sebagai ahli paling banyak dicari bagi barangan merchandise.

Pembelian dari negara Eropah seperti United Kingdom, Sepanyol dan Austria menunjukkan pertumbuhan yang ketara. Transaksi turut direkodkan di pasaran Asia termasuk China dan Filipina, selain Mexico yang terletak di benua berbeza.

Bunjang menganalisis bahawa reaksi segera peminat terhadap berita kemunculan semula BTS dapat dilihat melalui data carian, dan permintaan terhadap barangan semakin meningkat apabila peminat membuat persiapan menghadiri konsert domestik yang bakal berlangsung.

Pada Januari, jumlah transaksi dan nilai jualan keseluruhan bagi alat sorakan, pakaian dan aksesori BTS masing-masing meningkat sebanyak 93 peratus dan 67 peratus berbanding bulan sebelumnya. Namun, transaksi melibatkan kad foto bernilai tinggi melebihi 100,000 won (RM270) menurun sebanyak 41 peratus.

Perubahan ini menunjukkan berbanding mengumpul memorabilia mahal, peminat kini lebih cenderung mendapatkan barangan praktikal yang boleh digunakan ketika konsert.

“Pasaran kini beralih ke ‘mod persediaan konsert luar talian’, di mana light stick dan slogan yang dilambai di lokasi konsert lebih dihargai berbanding kad foto yang disimpan dalam bekas pameran,” ulas kakil Bunjang.

Sumber: Allkpop

Related Articles

Back to top button