DramaViral

“Tolong Hormat Kehidupan Peribadi Saya”

Pelakon, 28, Jazmy Juma menegur segelintir individu yang didakwa melemparkan kata-kata melampau di media sosial sehingga mengganggu kehidupan peribadinya.

Pemilik nama sebenar Jazmy Khan Juma Khan menegaskan kerjaya seni dan kehidupan peribadi merupakan dua perkara berbeza yang tidak sepatutnya dicampuradukkan apatah lagi dicerobohi.

“Saya tak okey. Saya nak minta segelintir orang tolong hormat saya. Tolong hormat kehidupan peribadi saya. Kerja saya dengan kehidupan peribadi adalah dua perkara yang berbeza. Jadi, tolong hormat.

“Tolong jaga kata-kata anda semua. Saya tak pernah bercakap macam ini. Saya selalu gembira saja,” katanya menerusi satu perkongsian.

Bekas peserta Hero Remaja 2020 itu bagaimanapun tidak memperincikan secara lanjut bentuk kata-kata keterlaluan yang diterimanya mahupun identiti individu terlibat.

Dalam masa sama, aktor itu turut menzahirkan penghargaan buat mereka yang sentiasa memberikan sokongan secara tulus.

“Tapi kali ini saya terpaksa bersuara. Saya harap sokong saya secara ikhlas. Terima kasih yang sokong saya secara ikhlas dan jujur,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Jazmy pernah berdepan dakwaan berlagak selain dikatakan meletakkan harga tinggi, namun tuduhan tersebut telah dinafikannya.

Related Articles

Back to top button