Tak Mampu Isi Minyak Sebab Harga Naik, Individu Ini Jual Trak Pikap

Seorang pemilik kenderaan di Thailand mencuri perhatian apabila meletakkan notis jualan pada trak pikap miliknya dengan alasan tidak mampu membeli minyak.
Menurut laporan AmarinTV, trak pikap Isuzu berwarna perak itu dilihat diletakkan di luar sebuah stesen minyak di wilayah Phang Nga, selatan Thailand.
Kertas yang diselit di bawah pengelap cermin hadapan tertera mesej: “Jualan segera, saya tiada wang untuk isi minyak”, bersama nombor untuk dihubungi.
Pada 26 Mac 2026, Thailand mengalami kenaikan harga minyak sebanyak 6 baht (74 sen) seliter, dan trak tersebut dilihat sehari selepas kenaikan harga itu.
Kekurangan bekalan minyak susulan konflik di Timur Tengah telah menyebabkan kerajaan Thailand menamatkan subsidi bahan api.
Walaupun harga meningkat, bahan api dilaporkan masih cepat habis dijual.
Menurut Khaosod English, Dana Minyak Thailand yang berfungsi sebagai penampan harga kini mengalami defisit.
Bagi mengekalkan harga lama pada paras siling 30 baht (RM3.71) seliter, kerajaan Thailand sebelum ini terpaksa menanggung kos sekitar 2.59 bilion baht (RM411.27 juta) sehari.
Kerajaan Thailand turut mengesahkan stok minyak mencukupi untuk menampung permintaan lebih daripada tiga bulan.
Begitupun, beberapa stesen minyak masih dilaporkan ditutup, dengan ada stesen memaparkan notis “kehabisan diesel”.



