Viral

Tudung Julia Farhana Dah Terbang?

Pelakon, Julia Farhana Marin, 32, sekali lagi menjadi perhatian wargamaya selepas tampil tanpa hijab menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Julia, dilihat mengulang siar video dimuat naik sebuah klinik kecantikan ketika sedang menjalani rawatan di premis berkenaan.

Apa yang mencuri perhatian ramai apabila aktres itu tampil tanpa mengenakan tudung sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen sama ada dia sudah kembali kepada imej lamanya atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Julia memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan mahupun penjelasan lanjut berhubung penampilannya itu.

Malah, pelakon tersebut turut dilihat menukar foto profil Instagram miliknya kepada gambar tidak berhijab, sekali gus menguatkan lagi tanda tanya dalam kalangan pengikutnya di media sosial.

Perkongsian itu pantas mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ada yang terkejut, selain tidak kurang juga yang memilih untuk mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Sebelum ini, nama Julia pernah menjadi bualan hangat apabila rumah tangganya dengan Dr. Che Muhammad Hafiz didakwa sedang bergolak susulan mereka jarang memuat naik foto bersama di media sosial.

Namun, Julia tampil menepis dakwaan tersebut dan menegaskan hubungan mereka masih berada dalam keadaan baik.

Related Articles

Back to top button