Global

Dua Lipa Selamat Berkahwin Dengan Callum Turner Dalam Majlis Tertutup Di London

Penyanyi pop terkenal Dua Lipa dilaporkan telah berkahwin dengan pelakon Callum Turner dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di London pada Ahad.

Menurut laporan media antarabangsa, pasangan itu mungkin akan meneruskan sambutan perkahwinan mereka dengan sebuah majlis eksklusif selama tiga hari di Sicily, Itali.

Akhbar tabloid The Sun dan Daily Mail menyiarkan gambar pasangan tersebut meninggalkan Old Marylebone Town Hallselepas selesai menjalani upacara perkahwinan sivil yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat.

Dua Lipa, 30, tampil anggun mengenakan gaun putih bersama topi rekaan studio fesyen Schiaparelli, manakala Turner, 36, memilih sut biru gelap untuk hari istimewa mereka.

Menurut laporan The Sun, pasangan itu kini merancang untuk mengadakan sebuah majlis sambutan mewah selama tiga hari di Sicily pada penghujung minggu hadapan.

Wakil kedua-dua selebriti tersebut bagaimanapun belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung laporan perkahwinan berkenaan.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta pada Januari 2024.

Sebelum ini, dalam satu temu bual bersama British Vogue tahun lalu, Dua Lipa mendedahkan bahawa dia dan Turner sememangnya merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Dua Lipa, yang merupakan anak kepada pasangan imigran dari Kosovo, mula mencipta nama sebagai antara penyanyi paling berjaya di Britain selepas kejayaan lagu hitnya, Be The One, pada tahun 2016.

Sementara itu, Callum Turner pula dikenali di peringkat antarabangsa menerusi penampilannya dalam francais filem Fantastic Beasts dan sering disebut sebagai antara calon berpotensi untuk memegang watak ejen ikonik James Bond pada masa hadapan.

Sumber: AFP

Related Articles

Back to top button