Suami Hadiahkan Noorkhiriah Set Kain Kafan Sempena Hari Jadi

Ramai antara individu memilih barangan mewah untuk diberikan kepada pasangan masing-masing sempena dengan kedatangan hari ulang tahun kelahiran.

Namun, lain pula kisahnya dengan suami kepada pelakon Noorkhiriah apabila lelaki itu menghadiahkan set kain kafan buat isterinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Noorkhiriah menzahirkan rasa terkejut apabila menerima hadiah berkenaan.

“Saya nak pergi shooting, sekali pandang belakang. Kain kafan hadiah hari jadi dari suami.

“Siap dengan riben. Saya terima,” kongsinya.

Meninjau ruangan komen, Noorkhiriah menjelaskan yang dia tidak sedar tentang tindakan suaminya yang meletakkan set kain kafan itu di tempat duduk belakang kereta.

“Tak hilang berderau sampai sekarang. Bila masa dia buat pun tak tahu,” ujarnya.

Menurut Noorkhiriah, hadiah tersebut memberi peringatan kepada dirinya tentang ajal dan hari kematian.

Turut bergurau, Noorkhirah berkata, hadiah tersebut diterima ketika dia bakal menjalani sesi penggambaran di tanah perkuburan.

“Terima kasih atas hadiah ini. Makan dalam Pa. Halus permainan ini. Dahla hari ini shooting di kubur. Tahniah sebab kita semakin dekat dengan kematian,” katanya lagi.

Noorkhirah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Azfaizul Ahtan pada 2006 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Related post

Leave a Reply