Selalu Sakit Perut Hingga Mahu Buang Air Besar Setiap Kali Masuk Kedai? Ini Sebabnya…

Pernah atau tidak anda berasa sakit perut dan mahu buang air besar sebaik sahaja masuk ke dalam kedai.

Hal ini bukanlah satu perkara yang luar biasa. Fenomena sakit perut selepas masuk ke kedai dipanggil Fenomena Mariko Aoki.

Doktor dan usahawan, Dr Raihana Ismail memberitahu, Fenomena Mariko Aoki muncul buat pertama kali menerusi majalah Jepun pada 1985.

Fenomena ini diberi nama sempena nama seorang wanita bernama Mariko Aoki yang menulis pengalamannya yang dihantar untuk kolum pembaca pada majalah berkenaan.

Menerusi surat yang ditulis, Mariko berkongsi yang rasa ingin buang air besar muncul setiap kali dia masuk ke kedai buku.

Susulan daripada luahan itu, ramai yang memberi pandangan terhadap apa yang berlaku terhadap Mariko.

“Kenapa rasa nak membuang air besar bila masuk kedai buku, Eco dan Daiso? Pertamanya sebab bau kertas, plastik dan barangan murah.

“Bau spesifik ini boleh mencetuskan reaksi dalam usus. Scented triggerni akan aktifkan sistem saraf parasimpatetik yang kawal pergerakan usus.

“Kedua, suasana tenang, sunyi dan sejuk buat badan relaks. Bila badan relaks, sistem penghadaman mula aktif dan perut pun mula berbisik,” jelasnya.

Dr Raihana menambah, psikologi dan rutin otak juga turut menjadi penyebab berlakunya fenomena berkenaan. Hal ini kerana, tubuh seseorang individu sudah pernah terlatih untuk buang air besar ketika berada dalam kedai.

Tambah beliau, fenomena tersebut merupakan satu hal yang normal dan tidak membahayakan kesihatan.

Namun, pemeriksaan doktor perlu dititikberatkan jika fenomena itu kerap berlaku hingga menimbulkan rasa kurang selesa.

Related post

Leave a Reply