Pemilik Restoran ‘Banned’ Pelanggan Selepas Dicemuh Gendut
Seorang pemilik restoran di Jakarta mengambil tindakan drastik dengan menyenaraihitamkan seorang pelanggannya selepas mendakwa pelanggan tersebut bersikap sombong dan melakukan body shaming.
Pemilik restoran yang bernama Edo Prakoso itu berkongsi mengenai rasa kecewanya itu menerusi platform TikTok.
Menerusi luahannya, dia melarang pelanggan tersebut untuk datang ke restorannya lagi.
Edo menjelaskan, pelanggan itu memesan sup tulang. Namun, pelanggan itu meminta untuk menggantikan hidangan berkenaan walaupun sup berkenaan sudah separuh dijamah.
Dakwa pelanggan itu, sup tulang yang disediakan sudah sejuk.
Begitupun, pemilik restoran memberitahu yang dia tidak dapat menggantikan sup tulang itu dengan hidangan baharu memandangkan sup tulang yang tersedia telah habis.
“Hidangan itu sudah sold out dan pekerja saya hanya boleh meminta maaf dan menawarkan untuk memanaskan semula supnya,” tutur Edo seperti dilaporkan Detik.
Sebaliknya, sebagai balasan, Edo memberitahu pelanggan berkenaan menggelarkan dirinya sebagai gendut, tidak bijak dan bodoh.