“Saya Tak Hamil, Hanya Buncit”

“Saya Tak Hamil, Hanya Buncit”

Pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann mencuri tumpuan warganet selepas memuat naik video yang menjawab spekulasi mengenai kehamilan aktres itu.

Menerusi sebuah hantaran, pemilik nama sebenar Nurul Janna Muner menafikan dakwaan itu dan menegaskan penampilannya yang kelihatan berisi hanyalah kerana buncit.

“Saya tak hamil, hanya buncit!” tulis Janna sambil menepis komen netizen yang berseloroh menyangka dia sedang mengandung.

Dalam video sama, Dini sempat bergurau menyarankan mereka “usaha lagi pada malam itu”, namun Janna pantas membalas bahawa dia sedang datang haid.

Reaksi warganet di ruangan komen pula majoritinya terhibur dengan gelagat pasangan ini.

Malah, ramai yang turut mendoakan agar mereka dikurniakan cahaya mata pada masa akan datang.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023 dan kini menetap di London, United Kingdom bagi menyambung pengajian sambil aktif sebagai content creator.

Related post

Leave a Reply