Trending

“Rindu Nak Buat Haji Dengan Suami, Bilal & Abbas”

Usahawan dan selebriti, Neelofa, 36, meluahkan rasa rindu untuk kembali ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji bersama suami tercinta, Haris Ismail serta ahli keluarga tersayang.

Menurut pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, keinginan untuk menjadi tetamu Allah sekali lagi tidak pernah padam malah sentiasa hadir dalam doa hariannya.

“Rindu haji. Nak buat banyak kali kalau Allah beri rezeki dan jemput. Hendak buat haji dengan suami, Bilal, Abbas, mama, daddy, ibu dan ayah mentua,” katanya menerusi satu hantaran.

Dalam perkongsian sama, ibu dua cahaya mata itu turut berharap agar impiannya untuk kembali menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama keluarga dipermudahkan dan dimakbulkan Allah SWT.

“Sentiasa terselit dalam doa-doaku. Moga Allah kabulkan dengan kesempurnaan-Nya,” tulisnya lagi.

Menerusi beberapa hantaran lain, Neelofa turut berkongsi foto-foto kenangan ketika menunaikan ibadah haji beberapa tahun lalu yang sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya.

Terdahulu, Neelofa pernah menunaikan ibadah haji bersama beberapa ahli keluarganya pada tahun 2019.

Related Articles

Back to top button