Film

Kalahkan The King’s Warden, Filem Colony Raih 1 Juta Penonton Hanya Dalam Masa 4 Hari

Filem dari Korea, Colony berjaya mencatat lebih satu juta penonton hanya selepas empat hari ditayangankan, sekali gus menjadi filem terpantas keluaran 2026 meraih pencapaian tersebut.

Menurut Sistem Tiket Bersepadu Korean Film Council yang diterbitkan pada 24 Mei, Colony telah mengumpul sebanyak 1,089,996 jumlah penonton dan secara rasmi melepasi angka sejuta pada hari tersebut.

Pencapaian ini dianggap cukup luar biasa kerana ia berjaya mengatasi rekod filem terlaris tahun ini, The King’s Warden yang sebelum ini mencatat sekitar 16.85 juta penonton.

Hal ini sekali gus menjadikan Colony sebagai filem keluaran 2026 terpantas mencapai satu juta penonton.

Selepas tayangan perdana dunia di Cannes Film Festival, filem tersebut turut menerima perhatian besar di peringkat global.

Sejak mula ditayangkan di Korea Selatan, Colony terus mengekalkan kedudukan nombor satu carta box office dan mengekalkan momentum komersial yang kukuh.

Colony merupakan filem thriller survival yang berlatar belakangkan sebuah bangunan tertutup ketika berlakunya wabak misteri.

Kisah dalam filem ini bermula selepas sekumpulan mangsa terselamat daripada wabak terpaksa berdepan makhluk dijangkiti yang terus berevolusi dalam bentuk semakin sukar dijangka.

Related Articles

Back to top button