Berita

Remaja 17 Tahun Mengaku Bersalah Tunjuk Kemaluan, Minta Ibu Kandung Lakukan Hal Tidak Senonoh

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkelakuan tidak senonoh dan mencabul kehormatan selepas mendedahkan kemaluannya di hadapan ibu kandungnya yang berusia 43 tahun serta menuntut wanita itu melakukan aksi seksual terhadapnya di Batu Pahat, Johor.

Kejadian berlaku di kediaman mereka pada 1 Jun sekitar jam 5 petang, lapor New Straits Times (NST) dan Free Malaysia Today.

Menurut laporan NST, remaja tersebut berasa ghairah selepas menonton video lucah dalam bilik tidurnya.

Dia kemudian menghampiri ibunya yang sedang mandi. Remaja itu mengetuk pintu bilik air dan meminta ibunya membukanya. Apabila pintu dibuka, ibunya mendapati remaja tersebut tidak memakai seluar dan menuntut agar ibunya melakukan aksi seksual kepadanya.

Si ibu segera berpatah balik ke dalam bilik air dan mengunci pintu dari dalam. Dia kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Remaja itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Mahkamah menangguhkan kes sehingga 19 Ogos bagi pembentangan laporan sosial oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), fakta kes, dan juga untuk menjatuhkan hukuman.

Mahkamah membenarkan remaja tersebut diikat jamin sebanyak RM1,500.

Bagaimanapun, dia gagal membayar wang jaminan tersebut dan kini ditahan reman di Pusat Koreksional Muar sementara menunggu prosiding lanjut.

Related Articles

Back to top button