Ramai Terkejut Anak Angelina Jolie Muncul Dalam Video Muzik K-Pop!

Anak kepada pelakon Angelina Jolie, Shiloh Jolie-Pitt dikatakan bakal membintangi video muzik terbaharu penyanyi K-Pop Dayoung.
Hal ini menjadi bualan dalam kalangan netizen selepas kelibat Shiloh muncul dalam ‘teaser’ video muzik What’s A Girl To Do.
Agensi dan syarikat rakaman yang menaungi Dayoung, Starship Entertainment mendedahkan yang mereka telah mengadakan sesi uji bakat di Amerika Syarikat (AS) untuk memilih penari bagi video muzik berkenaan.
Difahamkan, Shiloh menyertai uji bakat sebagai sebahagian daripada kumpulan tarian dan akhirnya terpilih.
“Kami langsung tidak tahu walaupun selepas penggambaran selesai bahawa dia ialah anak kepada Angelina Jolie.
“Kami hanya mengetahuinya baru-baru ini,” ujar agensi tersebut.
Pendedahan mengejut ini segera menjadi topik hangat di pelbagai komuniti dalam talian dan platform media sosial, dengan ramai yang kagum melihat persamaan wajah Shiloh dengan kedua ibu bapanya, Angelina Jolie dan Brad Pitt.
Antara reaksi netizen:
“Dia betul-betul gabungan Angelina dan Brad.”
“Bahagian atas muka macam Brad, bawah macam Angelina. Gila!”
“Gen dia memang terbaik dari kedua-dua pihak.”
“Bila dia dah besar macam ni?”
“Dia memang dilahirkan untuk dunia hiburan.”
“Datanglah ke K-Pop, Shiloh!!”
“Anak Angelina Jolie dalam MV K-Pop? Macam tak real…”
“Bibir tu memang ikut mak dia.”
“Nampak macam salinan Angelina.”
“Kilauan mata dia macam ayah dia.”
Sementara itu, Dayoung dijadualkan akan melancarkan single What’s A Girl To Do” pada 7 April ini.



