Rakam Video Perempuan Mengandung, Pelajar Universiti Akui Untuk Kepuasan Sendiri
Seorang wanita mendedahkan tentang satu insiden kurang menyenangkan apabila dia berhadapan dengan seorang lelaki yang didakwa merakam dirinya secara senyap-senyap ketika sedang berbelanja di sebuah pusat beli-belah.
Wanita itu berkata, dia menyedari lelaki berkenaan merakam kelibat dia dan anak-anak selepas menyaksikan posisi kamera telefon bimbit yang diletakkan di bahagian sisi badannya.
Melihat aksi curiga lelaki itu, wanita berkenaan memutuskan untuk memaklumkan pada suami, dan sama-sama bertindak menghampiri lelaki tersebut.
Kedua suami isteri itu kemudian memeriksa telefon pelaku dan sangat mengejutkan, pelbagai video wanita yang sedang mengadung, termasuk dirinya ditemui.
“Taste memang dengan orang mengandung. Berpurdah pun ada dalam rakaman tu,” kata wanita itu lagi.
.
Kemudian, lelaki itu diserahkan kepada polis dan dikenal pasti sebagai pelajar berusia 20 tahun dari universiti berdekatan.
Kongsi wanita itu lagi, pelaku dikatakan sangat takut ketika ditahan sehingga terkencing kerana panik.
Semasa disoal siasat, difahamkan dia suka mengumpul video wanita untuk dijadikan kepuasan peribadi selain mengakui sudah lama melakukannya secara senyap-senyap.
Pada awalnya, wanita itu mahu mengheret lelaki berkenaan ke muka pengadilan, namun atas dasar budi bicara, dia memilih untuk menarik semula laporan polis memandangkan lelaki itu masih muda.
Bagaimanapun, dia tetap akan melaporkan kes ini kepada pihak universiti agar tindakan tatatertib sewajarnya dapat diambil.