Prince Syed Didakwa Minta Isteri Buat Bariatrik, Mahu Jual Ubat Kurus

Prince Syed Didakwa Minta Isteri Buat Bariatrik, Mahu Jual Ubat Kurus

Pencipta kandungan dan usahawan Prince Syed didakwa telah mempengaruhi isterinya untuk menjalani pembedahan bariatrik baru-baru ini.

Begitupun, disebabkan komplikasi, isterinya, Fatin didakwa mengalami ‘hidrasi’ sehingga menyebabkan dia hampir mengalami strok.

Menerusi pendedahan yang dibuat oleh akaun TikTok Farralisy, pembedahan bariatrik itu dibuat dengan tujuan untuk menjual ubat kurus.

“Yang nak tahu kisahnya… si tak guna tu buat bariatrik (potong perut) dekat Fatin dengan kononnya nak jual ubat kurus. Tak tahulah cara paksaan ke apa, sebab aku kenal Fatin nak cabut gigi pun dia takut, nak buat bracess pun dia takut.

“Lepas tak tahu macam mana infection ke macam mana, Fatin hydrasi teruk sampai hampir kena strok, hampir Iumpuh tak boleh jalan. Lepas tu dia berdegil tak mahu bawa pergi hospital.

“Lepas Fatin teruk baru dia bawak pergi klinik. Lepas tu mungkin dah teruk dia tak tahu buat apa baru dia bawa ke hospital. Itu pun tanpa pengetahuan family Fatin.

“Siasat punya siasat kami jumpa Fatin dekat hospital UiTM Puncak Alam. Yang jadi kes harini dia tak benarkan. Family Fatin melawat siap buat report hanya family dia ja boleh masuk,” tulis hantaran itu.

Menerusi sepotong video yang dimuat naik pula, dilihat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai ibu Fatin sedang menunggu di luar rumah, dikatakan mencari anaknya yang sedang sakit.

Sumber: TikTok

Related post

Leave a Reply