Perubahan Bentuk Wajah Giselle Aespa Cetus Perdebatan Peminat

Anggota kumpulan K-Pop Aespa, Giselle kini menyorot perhatian peminat dan penggemar menerusi kemunculan terbaharunya.
Ketika menghadiri satu acara khas pada minggu fesyen bagi jenama mewah Loewe baru-baru ini, Giselle kelihatan anggun mengenakan solekan matang dengan membiarkan rambutnya mengurai panjang.
Namun, itu tidak cukup untuk membuatkan peminat berhenti untuk berkata-kata. Sebilangan penggemar dan netizen tidak terlepas untuk memberi komen terhadap perubahan lain yang berlaku pada wajahnya.
Ada yang membuat spekulasi mengenai kemungkinan penurunan berat badan atau perubahan lain.
Ramai juga menyorot bahagian garis rahangnya yang kelihatan lebih tirus berbanding sebelum ini.
Antara komen yang dikongsi oleh netizen termasuk:
“Pipinya…”
“Apa yang berlaku? Dia nampak sangat berbeza sekarang.”
“Nampak macam dia buat sesuatu lagi pada wajahnya.”
“Dia masih cantik, tapi saya mula risau tentang dia…”
“Nampaknya dia turun banyak berat badan.”
Namun ada juga yang mempertahankan penampilannya dan menyatakan perubahan tersebut mungkin hanya disebabkan oleh gaya solekan.
“Saya rasa hanya solekan mata yang buat dia nampak sangat berbeza.”
“Macam dia turun terlalu banyak berat badan, saya risau.”
“Semua orang nampak terlalu membesar-besarkan. Dia cuma nampak berbeza kerana gaya solekan.”
“Anggota Aespa sekarang nampak semakin serupa antara satu sama lain.”
“Setiap kali saya nampak Giselle, dia nampak berbeza.”
Sumber: Allkpop



