Penduduk China Bayar Guna Tapak Tangan, Dah Tak Perlu Kod QR

Sejak kebelakangan ini, kebanyakan daripada peniaga tempat dilihat telah beralih kepada pembayaran jenis digital.

Tidak hanya bergantung pada wang tunai, pembayaran kita lebih mudah dengan menggunakan cara imbasan kod QR.

Begitupun, lain pula kisahnya dengan negara China. Tular di media sosial sepotong video yang memperlihatkan seorang lelaki yang membuat pembayaran hanya dengan mengimbas tapak tanganya.

Menerusi video yang dimuat naik di platform X, lelaki itu dilihat memasuki kedai serbaneka 7-Eleve untuk membeli minuman.

Ketika mahu membayar minuman yang dipilih, lelaki hanya melayangkan tapak tangannya ke atas sebuah mesin pengimbas yang dilengkapi dengan kamera infra merah.

“Saya membayar tanpa menggunakan kad debit atau kredit atau telefon! Ini sangat menakjubkan!” kata lelaki itu di dalam video.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“China mendahului negara lain selama 50 tahun,” kata seorang netizen

Related post

Leave a Reply