Penampilan Terkini Key SHINee Buat Peminat Terkejut, Wajah Kelihatan Lebih Susut

Anggota kumpulan SHINee, Key, akhirnya berkongsi perkembangan terkininya buat kali pertama selepas kira-kira sebulan, sekali gus menarik perhatian peminat dengan penampilannya yang dilihat jauh berbeza.
Pada 13 Julai, Key memuat naik beberapa keping gambar di Instagram tanpa sebarang kapsyen, memberi gambaran mengenai aktivitinya kebelakangan ini.
Dalam salah satu gambar, Key dilihat bergambar di sebuah kafe sambil mengenakan hoodie berwarna kuning air.
Peminat pantas menyedari rahangnya kini kelihatan lebih tirus, sekali gus membuatkan penyanyi itu tampak lebih kurus berbanding sebelum ini.
Satu lagi gambar pula memaparkan Key yang sedang memberi sepenuh perhatian kepada sebuah mesin penyepit hadiah (claw machine), dengan ekspresi wajahnya yang ceria turut mencuri perhatian peminat.
Key sebelum ini menghentikan sementara aktiviti seninya pada Disember tahun lalu selepas namanya dikaitkan dengan kontroversi melibatkan individu yang dikenali sebagai ‘injection aunt’.
Ketika itu, agensinya, SM Entertainment, menjelaskan bahawa Key telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di daerah Gangnam, Seoul, selepas diperkenalkan kepada seorang individu dikenali sebagai Lee oleh seorang kenalan.
Agensi itu turut memaklumkan bahawa Key juga menerima beberapa sesi rawatan di rumah apabila dia tidak dapat hadir ke hospital.
Menurut SM Entertainment, Key percaya Lee merupakan seorang doktor bertauliah dan hanya baru-baru ini mengetahui bahawa individu tersebut sebenarnya tidak memiliki lesen perubatan yang sah.
Pendedahan itu, menurut agensi berkenaan, memberikan kejutan besar kepada penyanyi tersebut.



