Trending

Nia Atasha Nafi Tinggal Serumah Dengan Sky Iskandar

Pelakon, Nia Atasha, 33, tampil menjelaskan dakwaan yang tular di media sosial kononnya dia tinggal serumah dengan teman lelakinya, Sky Iskandar susulan beberapa video mereka yang menjadi perhatian ramai.

Menurut Nia, spekulasi tersebut tidak benar sama sekali dan hanya timbul akibat salah faham netizen terhadap kandungan TikTok yang dikongsikan.

“Saya menafikan, kami berdua tak duduk serumah. Tapi dalam video itu memang dia berada di rumah saya, kami buat TikTok sama-sama, itu sajalah.

“Kami tinggal berasingan. Kalau apa-apa pun, kami cuma tinggal setaman. Rumah dia dekat, itu saja. Tak ada apa-apa yang pelik,” katanya.

Nia menjelaskan, meskipun video tersebut dirakam di kediamannya, dia sebenarnya tinggal bersendirian dan kehadiran Sky hanyalah untuk tujuan rakaman kandungan media sosial.

Mengulas mengenai kecaman yang diterima, Nia memilih untuk tidak melayan komen negatif yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja ingin mengeruhkan keadaan.

“Biasalah netizen suka jadi ‘batu api’ kan? Tapi saya rasa saya dengan Sky jenis tak kisah sebab benda itu tak betul. Orang nak fikir apa, fikirlah sebab akhirnya kita sendiri tahu kebenarannya,” ujarnya lagi.

Tambah Nia, dia juga tidak merasakan perlu untuk tampil membuat penjelasan secara berlebihan semata-mata untuk memuaskan hati pihak lain.

Dalam masa sama, Nia mengakui dirinya sudah lali dengan kecaman netizen dan tidak mahu membiarkan perkara tersebut menjejaskan emosinya.

“Saya tak rimas sebab dah biasa. Sejak zaman bergelar model lagi saya sudah lali dengan komen orang. Jadi bila ada komen begitu, saya tak layan sangat.

“Impak negatif ini tak lama, saya rasa dalam seminggu saja kemudian orang akan lupa. Saya masih bekerja seperti biasa,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button